Tahniah Xi kepada Pesta Kesenian Rakyat Antarabanga Tembok Besar BRI 2021

2021-09-16 11:59:12  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping semalam mengutus kawat tahniah kepada Pesta Kebudayaan dan Kesenian Rakyat Antarabangsa Tembok Besar dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) 2021.

Suatu tamadun boleh menjadi cemerlang berkat pertukaran. Pada lapan tahun lalu sejak BRI dikemukakan, hasil yang memberangsangkan kelihatan tercapai berdasarkan usaha bersama pihak-pihak terbabit, sehingga menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan menggalakkan dialog antara pelbagai peradaban. Pesta yang diadakan kali ini bermanfaat bagi mengamalkan nilai-nilai warisan budaya Laluan Sutera dan Tembok Besar, menyediakan pentas kepada kebudayaan dan kesenian pelbagai negara, menubuhkan jambatan dialog antara rakyat, dan meningkatkan pertukaran pelbagai peradaban. China yang menjunjung tinggi prinsip sama rata, saling belajar, berdialog dan inklusif, bersedia mendorong pembangunan terbabit, memperjuangkan masyarakat antarabangsa yang harmoni yang berunsurkan tamadun yang berbeza supaya menyumbang lebih banyak kepada kemajuan manusia.

Dimaklumkan, Pesta tersebut dirasmikan di bandar Langfang, provinsi Hebei.

高蕾