Kerjasama China-ASEAN Berkekalan

2021-09-17 13:44:41  CRI
Share with:

Kerjasama China-ASEAN Berkekalan_fororder_微信图片_20210917130837

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah mengakhiri lawatan ke empat negara jiran pada 15 September, antaranya lawatan ke Vietnam, Kemboja dan Singapura turut menjadi fokus masyarakat antarabangsa.

Tahun ini ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN. Lawatan Menteri Luar China kali ini dijalankan dengan membawa kesediaan yang ikhlas untuk berganding tangan dengan negara Asia Tenggara bagi mengatasi wabak COVID-19 dan merancakkan kerjasama yang kondusif.

Dalam lawatan Wang Yi kali ini, Cnina dan negara-negara ASEAN dengan aktif merancangkan kerjasama ekonomi, terus mendorong penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan negara terbabit, dan telah mencapai persepakatan untuk mendorong agar Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuatkuasa dengan seawal mungkin. Langkah-langkah ini berfaedah untuk membawa lebih banyak keuntungan kepada pelbagai pihak sekali gus menyumbang kepada usaha mendorong pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia.

Kerjasama China-ASEAN Berkekalan_fororder_微信图片_20210917130849

Ketika menyentuh isu Laut China Selatan yang diberi perhatian yang besar, China menyatakan dengan jelas bahawa akan mempercepat rundingan dengan negara-negara ASEAN mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan(CoC), dan berharap rundingan itu dapat diselesaikan sempena Kemboja menyandang jawatan pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan. Sehubungan itu, negara terlibat telah memberikan respons dengan aktif. Negara-negara ASEAN menyedari bahawa menangani hubungan dengan negara besar dengan cara yang betul dan mengelakkan diri daripada dijadikan catur kuasa luar merupakan pilihan strategik yang rasional dan kondusif dan juga paling bersesuaian dengan kepentingan rantau ini.  

曹捷