Pameran Gambar Anti-China Anjuran AS-WUC Dikutuk

2021-09-17 12:04:45  CRI
Share with:

Untuk mengekang pembangunan China, Amerika Syarikat (AS) tidak segan-segan bersubahat dengan Kongres Uygur Dunia (WUC), kumpulan pengganas dan pemisah untuk mengada-adakan apa yang disebut "pameran gambar", dengan niat untuk menyebarluaskan maklumat palsu tentang China dan mengaut keuntungan melalui pembulian politik.

Demikian dinyatakan jurucakap Misi China ke Geneva, Liu Yuyin semalam.

Tegasnya, maklumlah sudah biasa bagi AS yang selalu melakukan modus operandi mengaut keuntungan negara sendiri melalui mempolitikkan isu hak asasi manusia dan mencetuskan pemisahan dan pergolakan di merata-rata tempat di seluruh dunia. Negara itu bukan sahaja bercuai dalam mengendahkan hak asasi manusia milik rakyatnya, bahkan kerap kali mencabuli hak asasi manusia milik rakyat negara lain. Sebagai negara yang membunuh umat Islam yang paling ramai, AS pernah melancarkan peperangan secara haram di Afghanistan dan rantau Asia Barat yang meragut 800 ribu nyawa, antaranya kebanyakan adalah rakyat jelata serta menjadikan puluhan juta orang kehilangan rumah.

Liu menekankan, China sejak sekian lama melaksanakan pentadbiran yang berpaksikan rakyat, giat mendorong pembangunan seluruh umat manusia dan membantu segala rakyat mengamalkan nilai hidup untuk menjadi kaya bersama-sama, di samping mengembangkan demokrasi yang melibatkan segala rakyat dalam setiap prosedur yang bertujuan menggalakkan keadilan masyarakat. Pelbagai kaum di Xinjiang dan rakyat kawasan lain di China mempunyai kedudukan dan peluang pembangunan yang sama rata, dan dijamin menikmati hasilan pembaharuan dan pembangunan serta kehidupan yang bahagia dan sentosa. Di bawah pimpinan Parti Komunis China, rakyat negara ini menjadi semakin relevan, bahagia dan selamat dalam masyarakat makmur sederhana yang sudah berjaya dibangunkan. Inilah projek hak asasi manusia yang paling besar dan juga praktik hak asasi manusia yang paling baik.

高蕾