Pelaburan China Terhadap Luar Meningkat 3.7% pada Lapan Bulan yang Lalu

2021-09-17 17:46:44  CRI
Share with:

Data pelaburan terhadap luar dalam tempoh lapan bulan yang lalu telah diumumkan Kementerian Perdagangan China semalam. Data tersebut mendedahkan bahawa dari Januari hingga Ogos lalu, pelaburan langsung jenis bukan kewangan meningkat 3.7% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu, dengan mencatat USD71.02 bilion (RM296 bilion). Sementara itu, nilai kontrak yang baru ditandatangani pula meningkat 2.9%, melebihi USD138 bilion (RM575 bilion).

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting menyatakan bahawa kerjasama pelaburan terhadap negara yang terlibat dalam pelaksanaan “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI) pula mencapai kemajuan yang menonjol, terbukti dengan pelaburan langsung jenis bukan kewangan yang meningkat 9.2%, mencecah USD 12.89 bilion (RM54 bilion) dalam tempoh lapan bulan yang lalu.

张宪