AS, Negara yang Kerap Kali Mengkhianati Sekutu

2021-09-18 16:39:01  CRI
Share with:

Sidang Perbincangan Syarikat China-Malaysia Dalam Talian_fororder_1677221350

Perancis pernah merancang bersama-sama dengan Amerika Syarikat(AS) merayakan ulang tahun ke-240 Perang Chesapeake pada 17 September. Perang itu melibatkan pertempuran  yang amat strategik dalam Perang Kemerdekaan AS, oleh sebab justeru dengan adanya tentera Perancis yang bertindak memutuskan bekalan maritim tentera Britain, AS akhirnya dapat mencapai kemerdekaan setelah Britain terpaksa menyerah diri kepada AS dan Perancis.

Namun, pada 16 September, AS, Britain dan Australia tiba-tiba mengumumkan untuk menubuhkan satu liga keselamatan tiga hala, iaitu AUKUS serta menandatangani perjanjian perkongsian teknologi dan pembuatan kapal selam nuklear yang bertujuan berlawan dengan China. Ini mengakibatkan kontrak kapal selam bernilai besar yang ditandatangani antara Perancis dengan Australia menjadi sia-sia. Perancis yang berapi-api turut membatalkan aktiviti perayaan yang sudah dijadualkan sebelum ini.   

Ini merupakan pengkhianatan biasa yang kerap kali dilakukan AS terhadap sekutunya.

Britain dan Australia yang perlu berfikir bahawa berdepan dengan sekutu seperti AS yang berulang kali berjanji kosong dan berkhianat, perlukah mereka menjadikan kepentingan negara sendiri sebagai taruhan untuk bermain dengan AS dalam pencaturan politik yang berisiko tinggi? AS selaku negara pemilik senjata nuklear, bersubahat dengan Britain memberikan sokongan secara terang-terangan kepada Australia, negara bukan pemilik senjata nuklear, dalam membangunkan teknologi nuklear untuk kegunaan ketenteraan. Ini sama sekali lakuan untuk memperluas senjata nuklear, dan pasti akan melakhirkan pengaruh negatif kepada penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea dan Iran sekali gus mengancam kedamaian dan keselamatan antarabangsa.  

曹捷