Sukarelawan Pasukan Penyelamat BSR --Cerita Liu Jianyu

2021-09-18 10:36:32  CRI
Share with:

Episod Pertama: Misi Penyelamatan di Kawasan Delta Sungai Irrawaddy

Pasukan penyelamat Bule Sky Rescue(BSR) adalah sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa dan sebuah organisasi penyelamat sukarela profesional yang diasaskan pada tahun 2007 di China.

Pada 12 September tahun 2019, sebuah helikopter penyelamat yang lama melaksanakan misi penerbangan dalam hujan lebat, di ruang udara pekan Pantanaw, wilayah Irrawaddy, Myanmar.

Disebabkan berada di negara Asia Tenggara yang beriklim subtropika, walaupun helikopter ini berada pada ketinggian sekitar 1500 meter, tetapi suhu di dalam kabin tetap mencatat 40 darjah Celsius.

Liu Jianyu, anggota pasukan penyelamat BSR China bersama dengan ketua pasukan penyelamat sedang berada di tempat duduk helikopter tersebut dan badan kedua-dua mereka bermandi peluh kerana kepanasan.

Jeket keselamatan yang dipakai Liu bukan sahaja memaparkan bendera kebangsaan China dan logo BSR, tetapi juga menggantungkan sebuah anak patung berbentuk superman. Liu Jianyu selalu menghadiahkan anak patung itu kepada mangsa yang diselamatkannya.

Apabila ketua juruterbang warga Myanmar membuat isyarat dengan gerakan tangan, Liu Jianyu dan ketua pasukan penyelamat itu mendapat maklumat bahawa helikopter sudah tiba di ruang udara lokasi bencana.

Setelah helikopter mulai menurun, Liu Jianyu melihat ke bawah melalui tingkap helikopter, kesemuanya di kampung itu telah ditenggelami air akibat banjir teruk kecuali beberapa kawasan agak tinggi yang seumpama beberapa pulau kecil. Ramai mangsa kelihatan sedang mendayung perahu kayu bahkan besen kayu untuk berpindah ke tempat yang nampaknya lebih selamat tersebut.

Selain itu, Liu juga melihat ada orang melambai kepada helikopter dengan menggunakan satu sarung berwarna merah sebagai isyarat, manakala beberapa anggota pasukan penyelamat tempatan pula sedang menjaga seorang wanita warga emas yang postur tubuhnya separa berbaring di atas papan katil dengan ditemani seorang budak perempuan kecil. Menyelamat kedua-dua mangsa tersebut adalah misi utama mereka kali ini.

Apabila helikopter itu berada dalam keadaan separa mendarat, Liu Jianyu bersama dengan ketua pasukan penyelamat itu menolak banyak kotak bantuan ke luar kabin bagi keperluan mangsa tempatan, sebelum melompat keluar dari helikopter dan turun dengan menggunakan tali tanpa rasa ragu-ragu sedikit pun.

胡星