Stesen Angkasa China akan Dijadikan Makmal Ruang Angkasa Manusia

2021-09-18 14:46:39  CRI
Share with:

Stesen Angkasa China akan Dijadikan Makmal Ruang Angkasa Manusia_fororder_微信图片_20210918143709

China akan mengintensifkan dan memperluas kerjasama dan pertukaran antarabangsa supaya stesen angkasa China dijadikan makmal ruang angkasa bagi segala umat manusia. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.

Pada hari yang sama, kapal angkasa Shenzhou-12 telah mendarat dengan selamat.

Zhao menyatakan bahawa sejak 17 Jun lalu yang menyaksikan pelancaran Shenzhou-12 , tiga angkawasan telah bekerja dan hidup selama 90 hari di dalam modul teras Tianhe sehingga mencipta rekod baharu masa angkasawan China bertugas dalam satu penerbangan.

China sudah melaksanakan penyelidikan penerbangan kapal angkasa pembawa angkasawan selama 18 tahun, sejak tercapainya kejayaan dalam pelancarana kapal angkasa Shenzhou-5 yang membawa angkasawan pada tahun 2003.

Menurut maklumat selanjutnya, kapal angkasa Shenzhou-13 sudah siap untuk dilancarkan pada bulan Oktober nanti.

Zhao menyatakan bahawa kerajaan China sentiasa komited untuk menggunakan ruang angkasa secara damai, berdasarkan prinsip “penggunaan secara damai, sama rata dan saling untung serta pembangunan bersama-sama” menjalankan kerjasama dan pertukaran dengan negara berkenaan dalam bidang penerbangan kapal angkasa bermanusia.  

Stesen angkasa China sudah memasuki fasa pembinaan dengan menyeluruh. China akan terus meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk menyumbang kepada manusia dalam menjelajahi misteri angkasa, menggunakan ruang angkasa secara damai dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

曹捷