Cadangan China untuk Selasaikan Isu Afghanistan

2021-09-19 14:37:17  CRI
Share with:

Cadangan China untuk Selasaikan Isu Afghanistan_fororder_288015073

Dalam sidang kemuncak pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang diadakan pada 17 September, Presiden China Xi Jinping dalam ucapanya yang disampaikan secara maya telah mengemukakan tiga cadangan untuk menyelesaikan isu Afghanistan.

Yang pertama, menggalakkan peralihan situasi Afghanistan dengan stabil merupakan tugas kecemasan bagi menyelesaikan isu berkenaan secara politik. Presiden Xi menekankan bahawa urusan sesebuah negara akan diputuskan oleh rakyatnya sendiri, Pelbagai negara anggota SCO dan CSTO diharap memanfaatkan kelebihan dan pengaruh masing-masing untuk mengekalkan penyelesaian isu Afghanistan secara politik.

Serentak itu, China menggesa Afghanistan tegas memerangi pertubuhan keganasan di wilayahnya dan mencegah kelompok pengganas melakukan jenayah di negara lain. Ini merupakan tuntutan yang adil dan rasional negara jiran Afghansitan termasuk China. Afghanistan sepatutnya menunaikan janjinya dan mengambil tindakan anti-keganasan dengan bersungguh-sungguh sehingga beransur-ansur mendapat pengikhtirafan masyarakat antarabangsa.  

Cadangan kedua adalah untuk menjalankan kontak dan dialog dengan Afgansitan, yang dilihat amat perlu bagi membantu negara itu kembali ke masyarakat antarabangsa.

President Xi dalam cadangan ketiganya menyeru pelbagai pihak memikul tanggungjawab memberikan bantuan kepada rakyat Afghanistan. China sudah mengumumkan akan menghantar 3 juta dos vaksin COVID-19 sebagai kumpulan pertama dan membekalkan barangan bantuan kecemasan bernilai RMB200 juta (RM129 juta) kepada Afghanistan termasuk biji-bijian dan barangan untuk kegunaan musim sejuk.

曹捷