Lima Cadangan China Sempena Ulang Tahun Ke-20 SCO

2021-09-19 15:29:41  CRI
Share with:

Lima Cadangan China Sempena Ulang Tahun Ke-20 SCO_fororder_tp

Dalam mesyuarakat ke-21 Majlis Pemimpin Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diadakan kelmarin, Presiden China Xi Jinping telah menyampaikan ucapan menerusi video untuk menyemarakkan “semangat Shanghai” dan mengemukakan “lima cadangan” terhadap pembangunan masa depan SCO di samping mengumumkan sejumlah langkah yang baharu.

Tahun ini ulang tahun ke-20 SCO. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, anggota SCO sentiasa mengamalkan “semangat Shanghai” yang berteraskan “saling mempercayai, saling menguntungkan, sama rata, sudi berunding, menghormati kepelbagaian tamadun dan mengejar pembangunan bersama” sehingga berjaya merintis satu jalan pembangunan dan kerjasama yang baharu antara pertubuhan serantau.

Lima cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Xi termasuk “merintis jalan bersatupadu untuk bekerjasama”, “merintis jalan memikul tanggungjawab bersama”, “merintis jalan yang terbuka dan salinghubung”, “merintis jalan yang saling mempelajari” dan “merintis jalan yang menjunjung keadilan”. Lima cadangan tersebut bukan sahaja memberi hala tuju bagi pembangunan masa depan SCO, malah memperlihatkan tanggungjawab China bagi mendorong kestabilan dan kemakmuran serantau bahkan seluruh dunia.

Usaha membendung pandemik COVID-19 merupakan tugasan paling mendesak buat masa kini. Oleh itu, Xi menekankan mendorong pengagihan vaksin secara adil dan munasabah di samping menentang cubaan yang mempolitikkan kerja merungkai asal usul koronavirus baharu. Selain itu, beliau mengumumkan akan mempercepat langkah dalam menawarkan 2 bilion dos vaksin kepada seluruh dunia.

Menyentuh tentang perubahan besar yang berlaku dalam situasi Afghanistan, Xi pula menyeru anggota SCO terus meningkatkan kerjasama dan mendorong peralihan situasi negara itu secara mantap sehingga membantunya berkembang ke arah yang aman dan stabil.

高蕾