China Komited Perkasakan Kerjasama Badan Perundangan dengan Rusia

2021-09-20 21:10:51  CRI
Share with:

China komited bekerjasama dengan Rusia untuk memperkasa kerjasama badan perundangan kedua-dua pihak, merapatkan interaksi parti kedua-dua negara, selain menyumbang kepada peningkatan konotasi hubungan China-Rusia pada era yang baharu.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian hari ini ketika mengulas pilihan raya Duma Negara Rusia berjaya diadakan.

Zhao menyatakan bahawa pilihan raya Duma Negara adalah perkara penting dalam politik Rusia. Keputusan yang tercapai pilihan raya kali ini mencerminkan kehendak rakyat negara itu. 

Zhao menambah, sebagai rakan perkongsian strategik komprehensif Rusia, China tegas menyokong rakyat Rusia dalam memilih jalan pembangunan negara sendiri dan negara Rusia membuahkan hasil baharu dalam usaha mewujudkan pembangunan dan rejuvenasi di bawah kepimpinan Presiden Putin.

覃淼