364 Orang Dipilih Sebagai Anggota Jawatankuasa Pemilihan Hong Kong

2021-09-20 14:24:43  CRI
Share with:

364 Orang Dipilih Sebagai Anggota Jawatankuasa Pemilihan Hong Kong_fororder_hongkong2

364 Orang Dipilih Sebagai Anggota Jawatankuasa Pemilihan Hong Kong_fororder_hongkong1

Pilihan raya umum subsektor Jawatankuasa Pemilihan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) selesai pada petang Ahad.

Ketua Suruhanjaya Pengurusan Pilihan Raya Kawasan HKSAR, Fung Wah mengumumkan, terdapat 364 orang dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pemilihan, dengan jumlah kadar undian hampir 90 peratus.

Antaranya, kadar pengundi dari sektor undang-undang, teknologi inovatif, seni bina, pengukuran, perancangan bandar dan landskap mencapai 100%.       

Untuk rekod, ia merupakan pilihan raya pertama yang diadakan setelah sistem pemilihan HKSAR diperbaiki.

Mengikut agenda pilihan raya, pengundian bermula pada pukul 9 pagi semalam dengan lima pusat mengundi umum dan satu pusat mengundi khas.

Proses pengundian dijalankan dengan lancar oleh kesemua 4380 pengundi dan staf kerajaan yang mematuhi segala peraturan pencegahan wabak.

Sementara itu, Setiausaha Urusan Perlembagaan dan Tanah Besar HKSAR , Zeng Guowei berkata, proses mengundi dijalankan secara teratur dengan penyertaan semua pengundi yang aktif.

Terdahulu pada 11 Mac tahun ini, Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) meluluskan keputusan untuk menyempurnakan sistem pemilihan HKSAR bagi merealisasikan hasrat "Hong Kong Ditadbir Patriot".

Difahamkan, menerusi dasar baharu ini Hong Kong akan dapat kembali ke aspirasi asal dan landasan yang tepat mengikut prinsip "satu negara, dua sistem", sekali gus membuahkan kestabilan dan keamanan untuk jangka panjang.

胡星