Tianzhou-3 Berjaya Berlabuh Pada Modul Teras Stesen Angkasa Tianhe

2021-09-21 15:53:24  CRI
Share with:

Tianzhou-3 Berjaya Berlabuh Pada Modul Teras Stesen Angkasa Tianhe_fororder_1443295614

Kapal angkasa kargo China, Tianzhou-3 yang membawa bekalan untuk misi pembawa kru Shenzhou-13 selepas ini, berjaya berlabuh pada modul teras stesen angkasa Tianhe.

Demikian umum oleh Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) di sini, pada Isnin.

Menurut CMSA, tepat pukul 10.08 malam, Tianzhou-3 melengkapkan pertemuan dengan modul teras Tianhe sebelum berlabuh di bahagian belakangnya dengan keseluruhan proses mengambil masa kira-kira enam jam setengah.

Roket Long March-7 Y4, yang membawa Tianzhou-3, dilancarkan pada pukul 3.10 petang dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang yang terletak di pulau Hainan.

Selepas 597 saat, Tianzhou-3 berpisah dari roket dan memasuki orbitnya sebelum membuka panel solar pada pukul 3.22 petang yang secara tidak langsung menyaksikan ia beroperasi dengan baik.

Terdahulu pada 18 September, kapal kargo Tianzhou-2 dipisahkan dari pangkalan cantum belakang Tianhe dan kemudiannya dicantumkan dengan pangkalan cantum bahagian depannya.

Setelah berlabuh di Tianzhou-3, kedua-dua kapal kargo itu berlabuh di dua hujung modul teras Tianhe untuk membentuk bentuk linear dan menunggu ketibaan anak kapal Shenzhou-13.

胡星