Australia Patut Tunjuk Kewibawaan Negara Berdaulat

2021-09-21 15:30:12  CRI
Share with:

Australia Patut Tunjuk Kewibawaan Negara Berdaulat_fororder_微信图片_20210921145940

Australia baru-baru ini membatalkan kontrak pembelian kapal selam Perancis secara sepihak dan mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menubuhkan persekutuan keselamatan baharu. Ini mengakibatkan Australia dikritik sebagai negara berkhianat.

Tetapi pada sesi taklimat bersama penubuhan persekutuan keselamatan baharu yang diadakan baru-baru ini, Presiden AS, Joseph Biden melupakan nama Perdana Menteri, Scott Morrison ketika menyampaikan ucapan terima kasih secara maya dan memanggilnya sebagai "that fellow Down Under".  Walaubagaimanapun, Morrison tidak marah, sebaliknya memberikan ibu jari dengan muka senyum.

Dalam apa yang disebut "segi tiga besi", Australia hanyalah pengikut bagi AS dan Britian. Yang membimbangkan rakyat Australia adalah kerajaan Morrison mengaut keuntungan pribadi dengan menjual kepentingan negara, iaitu berjudi dengan menggunakan masa depan negaranya. Betapa berbahayanya perjudian ini!

Pertama, Australia membatalkan kontrak dengan Perancis. Selain membayar ganti rugi dalam jumlah besar kepada Perancis, Australia juga akan menghadapi krisis kepercayaan bahkan tindakan berbalas daripada Perancis.

Kedua, Australia mengimport teknologi kapal selam nuklear strategik akan mengundang kebimbangan masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara jiran. Sama ada Australia dapat menepati janji yang tidak mencambah senjata nuklear atau tidak?

Perdana menteri Malaysia dan presiden Indonesia masing-masing telah melahirkan kebimbangan bahawa langkah Australia ini berkemungkinan akan mencetuskan perlumbaan senjata serantau.

“Washington gerakkan tongkat  kepemimpinan, Canberra segera menari”. Australia yang dipegang oleh Morrison memperhambakan diri kepada AS dan menjadi bahan ketawa dunia. “Alat” lambat laun akan dibuang.

“That fellow Down Under” itu digesa mementingkan kesejahteraan dan menjaga maruah rakyat Australia serta menunjukkan kebebasan dan kewibawaan negara berdaulat.

徐国玮