OECD Ramalkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi China 8.5 Peratus

2021-09-22 15:01:45  CRI
Share with:

OECD Ramalkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi China 8.5 Peratus_fororder_ramal1

Pertubuhan  Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) semalam meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi China  pada tahun 2021 dan 2022 masing-masing mencatat 8.5 peratus dan 5.8 peratus.    

Laporan prospek ekonomi global terkini pertubuhan itu menunjukkan, kadar pertumbuhan ekonomi global dijangka  mencatat 5.7 peratus pada tahun ini, manakala ekonomi anggota Kumpulan 20(G20) akan meningkat 6.1 peratus, masing-masning menurun 0.1 dan 0.2 peratus berbanding unjuran awal pada bulan Mei lalu.  

Dalam perkembangan lain, OECD menyeru pelbagai negara memperkasakan kerjasama untuk menyalurkan bantuan kepada program vaksinasi di negara-negara berpendapatan rendah, di samping mengamal dasar ekonomi makro dan dasar kewangan yang fleksibal. 

胡星