Wang Yi: Basmi Rasisme, Wujudkan Kesaksamaan di Dunia

2021-09-23 15:13:08  CRI
Share with:

China menyeru semua negara mengambil sikap "toleransi sifar", membina dan menyempurnakan kerangka undang-undang untuk membanteras rasisme, selain meningkatkan dialog dan pertukaran antara pelbagai bangsa dan tamadun.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi  berkata demikian dalam ucaptamanya menerusi video eksklusif pada mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB Memperingati Ulang Tahun Ke-20  Deklarasi dan Program Tindakan Durban (DDPA) pada hari Selasa.

Wang Yi berkata, China menyeru semua pihak memastikan hak untuk pembangunan dikongsi semua, di samping memusnahkan asas masalah rasisme yang meliputi kemiskinan, marginalisasi, pengecualian sosial dan jurang perbezaan ekonomi.  

Menurut Wang, perdagangan hamba dan penjajahan merupakan punca utama bagi masalah rasisme. Keturunan orang Afrika dan Asia serta pribumi menjadi mangsa amalan rasisme pada masa lalu. 

Wang menggesa negara-negara yang berkaitan bukan sahaja mempunyai keberanian untuk menghadapi dengan betul sejarah yang memalukan tersebut, tetapi juga mengambil langkah untuk menamatkan penderitaan yang diakibatkan amalan mereka. 

"Mereka sepatutnya menerajui usaha memboikot rasisme dalam semua bentuk," kata Wang.

Wang Yi berkata, China komited berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha membasmi rasisme dan mewujudkan kesaksamaan di dunia.

徐国玮