Pembuat Janji Palsu Mana Boleh Pimpin Usaha Melawan Wabak Sejagat?

2021-09-24 15:18:01  CRI
Share with:

Pembuat Janji Palsu Mana Boleh Pimpin Usaha Melawan Wabak Sejagat?_fororder_微信图片_20210924151528

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden kerap kali menegaskan "sumbangan”negaranya kepada usaha melawan  pandemik COVID-19 sejagat dan mengumumkan rancangan sumbangan vaksin kepada negara lain pada sidang kemuncak maya mengenai COVID-19 kelmarin. 

Manakala, banyak media  menimbulkan persoalan akan masa berlangsungnya sidang kali ini dan“sasaran hebat” yang diumumkan AS.

AS menyifatkan sidang tersebut sebagai “sidang kemuncak berskala terbesar bagi menangani wabak”. Tetapi pemimpin beberapa negara yang penting tidak hadir dalam sidang tersebut. Ini memperlihat masyarakat antarabangsa amat mencurigai keupayaan untuk membimbing dan motif pihak AS.

Sebagai negara paling gagal dalam memerangi wabak di dunia, AS merekodkan jangkitan melebihi 42.5 juta dengan lebih 680 ribu kematian.  Angka kematian itu dianggap sebagai  "terrible milestone"  oleh media  AS.

Biden dalam ucapannya berkata, jumlah vaksin yang disumbangkan AS “lebih banyak berbanding sebarang negara lain” dan pihaknya akan menambah lagi 500 juta dos vaksin untuk menggalakkan vaksinasi yang meliputi sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat di seluruh dunia.

Tetapi masyarakat antarabangsa menganggap AS hanyalah membuat janji kosong sahaja. Persekutuan Vaksin Rakyat yang terdiri daripada sejumlah pertubuhan antarabangsa dalam sebuah laporan menyatakan, sasaran yang dikemukakan Biden tidak mungkin tercapai kerana sumbangan daripada negara kaya amat kurang pada ketika ini. Pertubuhan itu menggesa pemimpin negara-negara berkenaan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pengeluaran vaksin.

Selain itu, dasar vaksinasi dalam negeri menunjukkan AS tidak mungkin memenuhi permintaan negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. AS sedang mempopularkan suntikan ketiga vaksin untuk berjuta-juta warga emas dan golongan berisiko tinggi di dalam negeri. Tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berulang kali meminta AS dan negara-negara kaya yang lain menunda suntikan ketiga berikutan ramai orang di dunia masih belum menerima suntikan pertama.

Akhbar The Guardian Britain pula menyiarkan, Biden mungkin akan menghadapi dakwaan kerana mempopularkan suntikan ketiga di dalam negeri ketika kadar penerima dos pertama di negara-negara membangun masih belum mencatat 2 peratus.

AS dalam sidang kali ini juga berkata, perpaduan dan kerjasama diperlukan untuk memerangi wabak. Namun, adakah tindakan yang diambil negara itu menepati janjinya? bagaimana negara yang membuat janji palsu memimpin usaha melawan wabak sejagat?

Politikus AS digesa henti mempolitikan isu wabak, mengambil tindakan praktikal untuk mencegah dan mengawal wabak di dalam negeri bagi mengelakkan  mencetuskan huru hara di dunia.

徐国玮