Demokrai Bukanlah Perhiasan

2021-09-24 15:49:21  CRI
Share with:

Demokrasi bukanlah paten sesebuah negara, sebaliknya merupakan hak rakyat seluruh dunia. Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB ke-76 pada 21 September lalu.

Sesetengah politikus barat memasang lubang perangkap dengan menyebut “menentang pemerintah autokrasi dengan demokrasi”. Ini telah mengelirukan masyarakat antarabangsa antara“anti China” dengan langkah “memelihara demokrasi”. Pada hakikatnya, tindakan  politikus barat yang berbaur mentaliti Perang Dingin dan prejudis sedang mencetuskan pertelingkahan dan perpecahan di arena antarabangsa.

Perkataan “demonkrasi” berasal dari Greece pada zaman purba, bermakna “tabir urus negara oleh rakyat” dan “kedaulatan dipegang rakyat”. Namun, negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat(AS) yang ingin menguasai hak bersuara seluruh dunia menjadikan maksud demokrasi sebagai “seorang seundi” dan “sistem demokrasi berbilang parti ”. Menurut mereka, jika sistem sesebuah negara selari dengan “prinsip” itu, negara itu dianggap sebagai “negara demokratik”, sebaliknya, negara itu “pemerintah autokrasi”.

Pada hakikatnya, prinsip "hitam-putih" itu tidak selaras dengan kod demokrasi. AS tidak berlayak mendefinisikan makna “demonkrasi” secara sepihak, setiap negara berhak untuk memilih jalan pembangunan yang membawa kesejahteraa kepada rakyat sendiri.       

"Demokrasi bukanlah perhiasan. Yang penting adalah ia mesti membawa keefesienan kepada tabir urus sesebuah negara."

China berjaya membasmi kemiskinan tegar di  negara yang populasinya mencatat 1.4 bilion orang, membendung penularan pandemik COVID-19 dengan terlebih dahulu berbanding dengan negara lain, di samping menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global. Pencapaian China tersebut mendapat penghargaan dari seluruh dunia.

Michel Aglietta, pakar Perancis menyatakan, kaedah tadbir urus negara China yang terus meningkat kesejahteraan rakyat selari dengan  kod demokrasi.

胡星