Meng Wanzhou Dibebaskan, Bukti lagi "Rakyat Diutamakan"

2021-09-26 16:39:05  CRI
Share with:

Meng Wanzhou Dibebaskan, Bukti lagi "Rakyat Diutamakan"_fororder_mengM

Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou telah kembali ke  China dengan menaiki pesawat carter semalam selepas usaha gigih kerajaan China.

Pembebasannya bukan sahaja menandakan kejayaan keadilan, tetapi juga mencerminkan tekad parti pemerintah China untuk memelihara hak dan kepentingan sah setiap warganegara serta tekad rakyat China untuk menentang hegemoni. 

Pada bulan Disember, tahun 2018, agensi penguatkuasaan undang-undang Kanada melanggar peraturan dan menyalahgunakan prosedur sewaktu merancang dan melakukan penahanan terhadap Meng Wanzhou, termasuk berpakat sulit dengan Biro Penyiasatan  Persekutuan (FBI) AS, dengan sengaja melengahkan masa di lapangan terbang Vancouver, serta menjalankan pemeriksaan dan soal siasat secara haram. Kanada mengabaikan fakta Meng yang tidak pernah melanggar undang-undang negaranya, menahan beliau dengan alasan saga perundangan selama hampir tiga tahun.   

Kejadian yang dirancang oleh AS  dan dilakukan bersubahat dengan Kanada itu berniat untuk menyekat syarikat teknologi canggih China dan menghalang pembangunan China dalam bidang sains dan teknologi.                                                                                              

Selepas Meng Wanzhou ditahan secara haram, kerajaan China segera menuntut Kanada membatalkan waran tangkap dan ekstradisi yang salah untuk membebaskannya secara selamat. Dalam dua senarai yang dikemukakan kepada AS ketika Naib Setiausaha AS melawat China pada bulan Julai lepas, China menuntut AS membatalkan ekstradisi  Meng. Selain itu, lebih 15 juta warganet menandatangani menerusi satu petisyen atas talian yang dilancarkan media China, menuntut pihak Kanada membebaskan Meng Wanzhou tanpa sebarang syarat.

Dengan tindakan proaktif,  parti pemerintah dan kerajaan China sekali lagi membuktikan konsep “rakyat diutamakan”. Sebuah negara yang kuat sentiasa berkeupayaan untuk memberi jaminan  kepada rakyatnya.

胡星