Pukul 10 malam tadi, ratusan juta netizen China menonton siaran langsung ketibaan pesawat khas kerajaan China yang membawa balik Meng Wanzhou di Lapangan Terbang Shenzhen. Hanya di platform Kumpulan Media China saja telah mencatat 430 juta orang, melebihi jumlah keseluruhan populasi AS dan Kanada.
Sebelum ini, Meng yang merupakan CFO syarikat Huawei dan anak perempuan Ren Zhengfei iaitu pengasas syarikat telekomunikasi swasta tersohor China itu telah ditahan di Kanada selama 1028 hari atas permintaan ekstradisi kerajaan AS.
Ini merupakan kejayaan terbesar bagi China untuk melindungi hak asasi manusia rakyatnya dan pada masa sama ia juga satu tamparan paling besar terhadap Barat yang selalu bibirnya tidak pernah berhenti “meratib” tentang “hak asasi manusia” yang kita semua tahu bahawa ia adalah semata-mata untuk agenda politik atau niat kotor yang lain.
Tapi, satu fakta penting yang perlu kita tahu adalah Meng Wanzhou dibebaskan kerana mencapai DPA (Deferred Prosecution Agreement) dengan kerajaan AS.
Maksudnya, Meng tidak mengakui dakwaan penipuan atau “fraud” dari AS, dan pihak AS memilih untuk menggantung perbicaraan dan akhirnya akan membatalkan dakwaan setelah berlarutan lebih tiga tahun tidak membawa hasil memuaskan.
Jelas bahawa penahanan beliau memperlihatkan ia hanyalah bersifat politik. Bekas Presiden AS Donald Trump pernah menyatakan secara terus terang bahawa Meng Wanzhou boleh dibebaskan segera jikalau rundingan perdagangan dengan China mencapai ‘piawannya peribadinya’ atau dengan kata lain iaitu Meng akan dibebaskan hanya jika Trump puas hati.
Meng adalah tebusan yang ditahan oleh AS untuk memaksa China mengangkat bendera putih dalam persaingan teknologi tinggi dan perdagangan.
Satria nak menyatakan rasa kagum atas semangat perjuangan beliau dan Huawei.
Ini kerana, tekanan yang dihadapinya adalah kuasa negara yang terkuat di dunia. Bahkan pada sebelum ini, terlalu banyak pegawai kanan syarikat tersohor bukan milik AS akhirnya berlutut tatkala berhadapan tekanan tersebut.
Contohnya Frédéric Pierucci, pegawai kanan Alstom, syarikat kereta api dan tenaga elektrik tersohor dari Perancis.
Pada tahun 2013, beliau bersama tiga orang pegawai kanan Alstom yang lain ditahan oleh AS dengan dakwaan rusuhan dalam perniagaan dengan Indonesia. Tujuannya nak memaksa beberapa pegawai kanan Alstom menyokong dakwaan terhadap CEO Alstom Patrick Kron. Denda sebanyak USD772 juta menjadi beban besar bagi Alstom. Pada masa yang sama, agenda disebalik tirai AS terdedah iaitu syarikat GE mengeluarkan tawaran membeli urus niaga tenaga elektrik Alstom!
Menteri Kewangan Perancis pada masa itu menentang keras terhadap denda dan tawaran pembelian dari AS kerana Alstom antara syarikat terbesar di negara itu bahkan semua tenaga nuklear di Perancis disediakan oleh Perancis. Boleh dikatakan keselamatan Alstom berkaitan dengan keselamatan negara Perancis.
Bagaimanapun, tekanan dari AS bukan hanya mampu melututkan pegawai kawan syarikat besar, malah juga terhadap tokoh politik negara sekutunya. Menteri Kewangan itu terpaksa meletakkan jawatan, dan Menteri Kewangan baharu Perancis dengan segeranya memberi lampu hijau “perniagaan” tersebut.
Siapa gerangannya Menteri Kewangan baharu Perancis ketika itu? Emmanuel Macron. Betul, beliau adalah Presiden Perancis buat masa ini. Individu yang sama meluahkan “kemarahan” terhadap pengkhianatan negara sekutu AS dan Australia atas kes kapal selam selama tiga hari dan cepat “baik pulih” lagi baru-baru ini.
Dengan contoh-contoh yang Satria beri, ia sudah cukup untuk menjelaskan betapa besar tekanan yang dihadapi oleh Meng Wanzhou, ayahnya Ren Zhengfei dan syarikat Huawei.
Adakah Meng tiada pilihan lain?
Kita kembali kepada kes Alstom lagi. Setelah GE berjaya membeli urus niaga tenaga elektrik Alstom, dakwaan rusuhan CEO Alstom Patrick Kron segera dibatalkan, bahkan mendapat bonus sebanyak EURO 4 juta.
Tapi Meng dan Huawei tidak memilih menyerahkan diri kepada AS, sebaliknya menggunakan undang-undang untuk mencerminkan kebersihan diri dan agenda kotor AS kepada dunia. Ayahnya Ren Zhengfei menyatakan kepada media bahawa telah bersiap tidak berpeluang jumpa dengan anaknya sebelum meninggal dunia.
Perjuangan mereka mendapat sokongan besar dari kerajaan China.
Dalam pertemuan dengan Naib Setiausaha Negara AS Wendy Sherman di Tianjin dua bulan yang lalu, Naib Menteri Luar China Xie Feng telah mengemukakan senarai negatif dalam hubungan bilateral kepada pihak AS, antaranya termasuk menggesa membatalkan tuntutan ekstradisi Meng Wanzhou ke negara itu.
Seperti apa yang dikatakan oleh Meng Wanzhou semalam, nasibnya, syarikat dan negara adalah sangat berkait rapat. Meng dan Huawei tidak berlutut untuk memelihara kepentingan negara, kerajaan juga patut berusaha memelihara hak asasi manusia warga dan kepentingan syarikat sendiri.
Namun, yang musykilnya, Persatuan Perdagangan Kesatuan Eropah di China baru-baru ini menyeru China membatalkan strategi berdikari menghadapi sekatan dari AS. Menurut pengerusi persatuan itu Joerg Wuttke, China sedang berusaha mengurangkan keperluan terhadap pasaran dan teknologi dari luar negara, dan menurutnya situasi tersebut menimbulkan kebimbangan dari pelabur asing.
Meskipun syarikat-syarikat Eropah telah banyak menjadi korban agenda politik dan ekonomi AS, nampaknya Kesedaran Pengerusi Persatuan Perdagangan Kesatuan Eropah di China masih kurang semangat berjuangan berbanding puan Meng Wanzhou.
Mungkin orang Eropah sudah lama berlutut di depan AS, barangkali mungkin mereka sudah terlupa untuk berdiri di atas kaki sendiri.