Lengkapnya Fakta, Dusta Terbongkar

2021-09-27 15:04:37  CRI
Share with:

Kertas putih mengenai populasi Xinjiang yang disiarkan kerajaan China pada 26 September memaparkan kejayaan cemerlang dalam memastikan perkembangan mampan populasi kaum minoriti, sekali gus membidas tohmahan yang direka-reka kuasa anti-China berkaitan isu Xinjiang.

Menurut data daripada kertas putih tersebut, kadar pertumbuhan populasi di Xinjiang mencatat keempat tertinggi di seluruh China pada 2020. Dalam pada itu, penduduk etnik Uygur naik kepada 11.62 juta pada 2020 daripada 8.34 juta pada 2000, iaitu pertumbuhan purata tahunan pada kadar 1.67 peratus. Angka itu jauh lebih tinggi berbanding etnik minoriti lain.

Selain itu, purata jangka hayat penduduk Xinjiang juga meningkat kepada 74.7 tahun pada 2019.

Pertumbuhan populasi di Xinjiang dapat menggambarkan kemajuan hak asasi manusia di wilayah itu, yang diperoleh berkat keamanan masyarakat serta kesungguhan kerajaan China dalam membanteras keganasan.

Namun, kuasa anti-China yang tidak mempedulikan fakta berdegil mencipta dusta wujudnya “buruh paksa” dan “pemandulan paksa”, sambil mengenakan sekatan ke atas industri utama di Xinjiang bagi mengekang pembangunan negara China.

Ironiknya, sesetengah negara Barat yang mengangkat diri sebagai “pembela hak asasi” mempunyai banyak rekod hitam dalam isu kemanusiaan.

Mereka didapati melakukan genosid kaum dan budaya ke atas bumiputera pada zaman dahulu, dan mencetuskan peperangan di negara lain yang mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa pada zaman sekarang. 

张哲