Hong Kong Kekal Status Penawar Peluang kepada Pelabur Global

2021-09-28 12:29:30  CRI
Share with:

Laporan mengenai persekitaran perniagaan Hong Kong disiarkan pihak berkuasa tempatan pada Isnin, menjadikannya laporan seumpama pertama sejak wilayah pentadbiran khas itu pulang ke pangkuan tanah air pada 1997.

Menurut laporan itu, bagi tempoh setahun sejak Jun 2020, jumlah dana yang dikumpul menerusi jual beli saham baru tersenarai di bursa tempatan menokok hampir 50 peratus hingga melebihi HK$500 bilion (RM268.9 bilion), manakala amaun simpanan di sistem perbankan naik 8 peratus kepada HK$15 trilion (RM8 trilion).

Seperti yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini, ekonomi Hong Kong menyaksikan lantunan sebanyak 7.8 peratus, dan kadar pengangguran susut kepada tahap 4.7 peratus berbanding 7.2 peratus.

Wilayah itu mencatatkan pemulihan berbentuk U berasaskan prestasi ekonomi meningkat kukuh.

Laporan itu juga berbunyi, dua buah agensi penarafan kredit global pernah menurunkan penarafan penerbit mata wang asing jangka panjang Hong Kong kepada "AA" daripada "AA +" pada tahun lalu, berikutan pergolakan sosial di bandaraya itu yang berlarutan selama berbulan-bulan.

Bukti kukuh bahawa kuasa anti-China dari Amerika Syarikat menjadi penjejas utama persekitaran perniagaan Hong Kong.

Dengan itu, Beijing bertindak tegas menguatkuasakan undang-undang keselamatan negara membabitkan Hong Kong dan menambah baik sistem pemilihan di wilayah berkenaan.

Selain mengembalikan ketenteraman masyarakat, siri tindakan juga membantu mengukuhkan kedudukan Hong Kong sebagai hab kewangan global, serta menjaga lebih baik hak dan kepentingan sah pelabur asing di wilayah tersebut.

Sejak tahun lalu, perusahaan asing berkembang dengan mantap, sementara persekitaran perniagaan di sana makin mapan dan potensinya makin terserlah.

董筱娉