China Siar Kertas Putih Masyarakat Makmur Sederhana

2021-09-28 11:53:22  CRI
Share with:

China Siar Kertas Putih Masyarakat Makmur Sederhana_fororder_1632793948394_564_1078x1126

Pejabat Penerangan Dewan Negara mengeluarkan kertas putih berhubung pembangunan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh China pada hari ini.

Menurut kertas putih itu, pembentukan masyarakat makmur sederhana mengutamakan pembangunan yang seimbang, bersepadu dan mampan, serta melibatkan pelbagai usaha termasuk daripada sudut kebendaan, politik, spiritual, kemasyarakatan dan ekologi.

Ia menyasarkan untuk memenuhi keperluan kehidupan rakyat dalam pelbagai aspek serta memajukan nusa dan bangsa.

Kertas putih itu juga menegaskan bahawa China sentiasa meletakkan pembangunan sendiri di dalam orientasi pembangunan manusia, dan komited berperanan sebagai pembina keamanan dunia, penyumbang pembangunan sejagat, penjaga orde antarabangsa, serta penyedia produk awam demi kebaikan semua.

张哲