Bagaimana Kita Dapat Terus Lakar Kejayaan?

2021-09-29 15:02:34  CRI
Share with:

Harian Renmin Ribao menerbitkan sebuah artikel berjudul “Bagaimana Kita Dapat Terus Melakar Kejayaan?” pada Selasa.

Artikel itu merumuskan pengalaman yang menentukan kejayaan Parti Komunis China (PKC), dan memperincikan pelan tindakan demi merealisasikan matlamat seterusnya.

Dalam artikel itu, perpaduan disifatkan sebagai asas kejayaan. Berdepan dengan tuntutan berbeza, pimpinan PKC perlu berpaksikan rakyat dan mewakili kepentingan asas seluruh rakyat, di samping menggembleng segenap tenaga demi menjayakan perjuangan bersama.

Menurut artikel itu, sistem keinstitusian berdasarkan prinsip demokrasi terpusat berkecekapan tinggi dalam menyatupadukan seluruh anggota parti dan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

Ia turut menggabungkan jentera kerajaan pelbagai peringkat dan pertubuhan sosial, hingga membentuk komuniti berkongsi nasib melibatkan seluruh rakyat.

Artikel tersebut juga berbunyi, daya mobilisasi PKC lahirnya daripada karisma parti itu. Dengan adanya begitu ramai anggota PKC yang unggul dan berkarisma, rakyat menaruh keyakinan kepada PKC dan sedia berjuang seiringan dengannya.

张哲