China Sasar Bina Pusat Bakat dan Inovasi Berprestij Dunia

2021-09-29 11:06:06  CRI
Share with:

China Sasar Bina Pusat Bakat dan Inovasi Berprestij Dunia_fororder_0929a

Presiden Xi Jinping mengarahkan supaya usaha melaksanakan strategi pemajuan negara menerusi modal insan berkualiti pada era baharu terus diperhebat, hinggakan mewujudkan pusat bakat dan inovasi berprestij dunia.

Xi ketika bersimposium di Beijing pada Selasa, berjanji kerajaan akan meningkatkan peruntukan untuk pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), sementara menghimpunkan lebih ramai saintis berprestij, terutamanya memiliki bakat terunggul dalam bidang teknologi canggih serta membina pasukan inovasi menjelang 2025.

China Sasar Bina Pusat Bakat dan Inovasi Berprestij Dunia_fororder_0929b

Menurut beliau, dengan wujudnya sistem bakat yang sejajar dengan pembangunan berkualiti menjelang 2030, selain kemampuan dalam memupuk modal insan inovatif semakin diperhebat, daya tarikan China bagi bakat global juga lebih terserlah.

Negara itu bakal mempunyai sebilangan perintis dalam bidang sains dan teknologi penting, manakala peneroka dalam bidang baru muncul.

Xi menambah, menjelang 2035, China dijangka menguasai kelebihan bakat dalam banyak bidang, dengan kemampuan teknologi dan pasukan bakat berkualiti menduduki tempat teratas dunia.

董筱娉