"Jurang Keimunan" Dedah Hipokrasi AS

2021-09-30 13:24:28  CRI
Share with:

Semasa sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), wakil China mewakili lebih 30 negara membangun menyeru agar pengagihan vaksin dilaksanakan secara adil di seluruh dunia.

Seruan itu sebagai respons kepada masalah “jurang keimunan” yang menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Vaksin merupakan alat penting bagi memerangi pandemik. Namun, kebanyakan vaksin COVID-19 kini dimonopoli segelintir negara maju, sehingga menyebabkan bekalannya tidak mencukupi untuk negara membangun.

Menurut laporan yang disiarkan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) baru-baru ini, hanya 2 peratus sahaja penduduk di 46 buah negara paling mundur dunia menerima suntikan vaksin COVID-19, manakala kadar itu mencatat 41 peratus di negara maju.

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, sesetengah negara Barat seperti AS tidak pernah berhenti untuk mempolitikkan pencarian asal usul virus, dan memburuk-burukkan usaha China dalam membantu negara lain melawan wabak.

Amalan yang mendahulukan kepentingan politik daripada kesihatan rakyat itu jelasnya membelakangi prinsip hak asasi manusia.

Selain itu, pengagihan vaksin COVID-19 oleh mereka juga mengecewakan dunia. Sebagai contoh, AS menyorok bekalan vaksin COVID-19 yang jauh melebihi keperluan sendiri, malah menyebabkan jutaan vaksin yang tamat tempoh terus dibuang.

AS juga selalu mungkir janji dalam menyediakan bantuan vaksin kepada masyarakat antarabangsa, malah mengenakan sekatan terhadap pengeksportan bahan mentah yang diperlukan untuk pengeluaran vaksin.

Apabila politikus Barat mengeksploitasi vaksin demi laba politik, China bertungkus-lumus menyalurkan vaksin kepada masyarakat antarabangsa dengan semampu boleh, dan aktif memperkasakan kerjasama memerangi pandemik.  

Vaksin bagaikan cermin yang dapat membayangkan siapa yang memikul tanggungjawab menjaga hak asasi manusia, dan siapa yang mengambinghitamkan pihak lain serta mencabuli hak asasi manusia.

张哲