Saksikan Kejayaan China dalam Usaha Menjamin Hak Asasi Manusia

2021-10-01 14:04:43  CRI
Share with:

Saksikan Kejayaan China dalam Usaha Menjamin Hak Asasi Manusia_fororder_646222786

 Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia China bagi Tempoh 2016 hingga 2020 telah dilaksanakan sepenuhnya, dengan kesemua 186 matlamat dan misi yang disasarkan berjaya direalisasikan.

Rumusan itu dibuat dalam laporan penilaian terhadap pelaksanaan Pelan Tindakan tersebut yang disiarkan beberapa agensi termasuk Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) pada 29 September lalu.

China menggubal secara rasmi pelan kebangsaan yang bertemakan hak asasi manusia bermula tahun 2009, dan Pelan Tindakan tersebut adalah edisi ketiga.

Menurut laporan itu, matlamat yang ditetapkan yang melibatkan bidang termasuk “hak ekonomi, sosial dan budaya”, “hak warganegara dan hak politik”, “hak golonbgan khas” dan “pelaksanaan konvensyen hak asasi manusia antarabangsa dan kerjasama antarabangsa” sudah dicapai oleh kerajaan China dalam tempoh lima tahun lalu. Tambahan pula, pencapaian China dalam membangunkan masyarakat makmur sederhana yang diumumkan pada bulan Julai lalu,  bukan sahaja merupakan kejayaan negara ini dalam menjamin hak asasi manusia dan juga sumbangan penting kepada tadbir urus hak asasi manusia sejagat dan usaha menjamin hak asasi manusia di dunia.

Pada masa ini, rakyat China yang semakin kaya menjadi semakin relevan dalam kehidupan yang bahagia, dan berasa puas hati tentang kesejahteraan yang dinikmati. Pencapaian China tersebut bukan sahaja menambah corak kepada kepelbagaian tamadun hak asasi manusia dunia,  tetapi juga boleh dilihat menyumbangkan kebijaksaaan dan saranan yang bercirikan China untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi segala umat manusia.

Parti pemerintah China mengekalkan pentadbiran yang berpaksikan rakyat, dan mengamalkan konsep menjamin hak asasi manusia berdasarkan pembangunan ekonomi sehingga berjaya meneroka jalan perkembangan hak asasi manusia yang bersesuaian dengan keadaan negara sendiri. 

曹捷