Ucaptama Xi dalam Perasmian Pavilion China Ekspo Sedunia UAE

2021-10-01 15:32:04  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama menerusi video untuk merasmikan Pavilion China dalam Ekspo Sedunia Amiriah Arab Bersatu (UAE) pagi tadi. Menurut beliau, Ekspo Sedunia UAE ini sungguh bermakna kerana ia merupakan kali pertama bagi Ekspo Sedunia diadakan di rantau Asia Barat. Pelbagai negara dapat memperlihatkan konsep dan pencapaian pembangunan sosioekonomi masing-masing serta meningkatkan kerjasama dan menambah dialog berdasarkan tema utama ekspo kali ini, iaitu “tukar fikiran, cipta masa depan”.

China juga mengeluarkan inisiatif untuk berusaha bersama-sama rakyat pelbagai negara sedunia untuk memperkukuh tadbir urus global, menerajui pembangunan melalui inovasi sehingga terus membina komuniti berkongsi nasib sesama insan. China bersedia terus mempergiat kerjasama dan interaksi dengan pelbagai negara, memegang peluang pembangunan pembaharuan dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Presiden Xi mengeluarkan harapan semoga Ekspo Sedunia UAE berjaya dilancarkan.

Pavilion China yang bertemakan “membina komuniti berkongsi nasib sesama insan—inovasi dan peluang” dirasmikan pada hari yang sama sempena perasmian Ekspo Sedunia UAE 2020, dengan dilengkapi pameran yang menunjukkan pencapaian China dalam bidang angkasa lepas, teknologi informasi, pengangkutan moden, AI dan kehidupan pintar.

Ucaptama Xi dalam Perasmian Pavilion China Ekspo Sedunia UAE_fororder_229460205

张宪