Malaysia, Argentina Beri Permit Kepada Vaksin China untuk kegunaan Golongan Remaja

2021-10-02 14:55:04  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Doktor Noor Hisham mengumumkan semalam, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sudah memutuskan secara rasmi untuk memberikan permit dengan bersyarat kepada produk Sinovac Biotech Ltd China untuk kegunaan vaksinasi remaja berusia 12 tahun ke atas. Menurut beliau, produk Sinovac merupakan jenis vaksin COVID-19 yang kedua yang diluluskan kerajaan Malaysia untuk kegunaan golongan remaja.

Tambah beliau, menurut cadangan BPFK, remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun yang tidak pernah menghidap penyakit dasar dan tidak bersesuaian menerima suntikan vaksin Pfizer akan diatur menerima suntikan vaksin Sinovac terlebih dahulu.

Dr. Noor Hisham menyatakan bahawa permit diberikan kepada vaksin Sinovac berikutan Malaysia yang menjalankan penilaian semula terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan menurut data penyelidikan terkini.

Menurut laporan lain, Kementerian Kesihatan Argentina, Carla Vizzotti mengumumkan pada Jumaat  bahawa Biro Pengawalan Makanan, Ubat dan Teknologi Perubatan Negara meluluskan secara rasmi penggunaan vaksin Sinopharm terhadap kanak-kanak yang berumur tiga tahun hingga 11 tahun.

Vizzotti menyatakan bahawa vaksin Sinopharm antara vaksin COVID-19 yang paling selamat pada masa ini. Maka kanak-kanak Argentina menerima suntikan vaksin jenis itu bukan sahaja boleh menjamin keselamatan individu, malah juga boleh membantu mengekang penularan wabak dengan berkesan.

曹捷