63 Juta Pelancong pada Hari Pertama Percutian Hari Kebangsaan China

2021-10-02 15:26:03  CRI
Share with:

63 Juta Pelancong pada Hari Pertama Percutian Hari Kebangsaan China_fororder_309163528

Seramai 63 juta pelancong diangkut menerusi kereta api, lebuh raya, saluran air dan penerbangan awam pada hari pertama percutian Hari Kebangsaan China, maklum Kementerian Pengangkutan China semalam.

Untuk perincian, 15 juta penumpang diangkut kereta api, 46.5 juta mengambil jalan raya. Sementara itu, jumlah penumpang yang mengambil jalan air dijangka mencecah 680,000, manakala 1.52 juta orang memilih penerbangan awam.

Dimaklumkan, jumlah harian kereta yang melalui lebuh raya di bandar Beijing dijangka mencatat 2.3 juta, dengan puncaknya mencapai 2.46 juta. Untuk itu, jabatan berkenaan telah melanjutkan masa operasi kenderaan rel dan memperhaluskan perkhidmatan pengangkutan penumpang, dengan menonjolkan keutamaan terhadap kawasan sekitar Lapangan Tian'anmen dan kawasan sekitar tapak peranginan.

Kawasan Delta Sungai Yangtze adalah destinasi utama rakyat China sepanjang percutian panjang Hari Kebangsaan. Dimaklumkan, jumlah kereta yang melalui kawasan terbabit dalam tempoh cuti tersebut dijangka mencapai 74.83 juta.

高蕾