China Wakili 75 Negara Seru Pengagihan Vaksi secara Adil

2021-10-03 14:32:23  CRI
Share with:

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru pelbagai negara meningkatkan solidariti untuk mewujudkan pengagihan vaksin COVID-19 secara adil dan bersama-sama membina komuniti berkongsi kesihatan umat manusia. Beliau berkata demikian ketika mewakili 75 buah negara menyampaikan ucapan dalam sesi debat umum Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB ke-76 pada 1 Oktober.

Zhang menyatakan bahawa hendaklah mendorong pengagihan vaksin COVID-19 dengan adil diwujudkan di negara membangun dengan secepat mungkin. Negara yang berkemampuan mengeluarkan vaksin sepatutnya mengambil tindakan untuk menunaikan janjinya agar membekalkan vaksin yang mencukupi kepada negara membangun. Serentak itu, agensi kewangan antarabangsa dan pertubuhan antarabangsa lain diharap memberikan sokongan dana kepada negara membangun yang melakukan pembelian vaksin dan bertindak meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin.

Zhang menekankan, pelbagai negara sepatutnya meningkatkan kerjasama antarabangsa, mengetepikan amalan 'nasionalisme vaksin', mengelakkan lakuan menyorok bekalan vaksin, dan membatalkan sekatan terhadap pengeksportan vaksin dan bahan berkenaan untuk memastikan penghantaran vaksin merentasi sempadan berjalan lancar.

曹捷