Kesemua 318 Stesen Metro Beijing Kini Dilengkapi AED

2021-10-04 15:21:25  CRI
Share with:

Kesemua 318 Stesen Metro Beijing Kini Dilengkapi AED_fororder_aed

Beijing Metro Corporation mengumumkan kerja-kerja untuk melengkapkan peralatan Defibrilator Luaran Automatik (AED) terhadap kesemua 318 stesen kereta api bawah tanah seliaannya kini selesai seratus peratus.

Difahamkan, usaha yang bertujuan bagi menaiktaraf sistem kecemasan selain memastikan keselamatan dan kesihatan penumpang terjamin itu dimulakan sejak Oktober 2020.

Untuk rekod, pemasangan AED telah siap di 58 stesen laluan nombor 1, 2 dan 13 pada hujung tahun lepas, manakala pembekalan peralatan di enam laluan pula dimulakan pada Ogos 2021 dan tujuh lagi pada September lalu.

Sementara itu, syarikat tersebut juga mengadakan latihan keselamatan kecemasan dan ujian peralatan AED kepada pekerjanya bagi mengoptimumkan keberkesanan peralatan dan memperhebat kemampuan menyelamat dalam situasi cemas.

Kini, seramai 2,852 pekerja berjaya melepasi ujian teori dan praktikal keselamatan peringkat awal pada tahun ini, yang disusuli oleh 1,500 orang pada 2020.

Dengan itu, terdapat tiga orang layak menggunakan AED dalam setiap giliran kerja dan kesemua staf dijangka layak menggunakan peralatan terbabit menjelang akhir tahun ini.

高蕾