Xi: Tingkatkan Pembinaan Cegah Risiko Keselamatan Biologi

2021-10-05 14:56:32  CRI
Share with:

Wacana pembelajaran beramai-ramai kali ke-33 mengenai usaha meningkatkan pembinaan keselamatan biologi telah diadakan oleh Biro Politik Pusat Parti Komunis China pada 29 September lalu.

Presiden China, Xi Jinping dalam wacana tersebut menegaskan bahawa keselamatan biologi berkait rapat dengan kesihatan nyawa rakyat, kestabilan negara dan perkembangan berterusan bangsa. Ia bukan sahaja sebahagian penting dalam konotasi keselamatan negara, malahan juga suatu kekuatan yang boleh mengubah corak politik dunia.

Sehubungan itu, hendaklah menyedari betapa pentingnya pembinaan keselamatan biologi dalam situasi baharu kini, mengamalkan konsep keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang keselamatan biologi dan menyelaraskan hubungan antara pembangunan dengan perlindungan keselamatan.  Pembinaan sistem pentadbiran dan pencegahan risiko keselamatan biologi perlu ditingkatkan berpandukan prinsip-prinsip mengutamakan rakyat, pencegahan risiko, mengikut kategori dan bekerjasama, dengan tujuannya meningkatkan keupayaan tadbir urus keselamatan biologi negara dan mengukuhkan perlindungan keselamatan dalam bidang tersebut.

曹捷