Beijing Terima Lapan Juta Pelancong

2021-10-08 12:58:44  CRI
Share with:

Beijing Terima Lapan Juta Pelancong_fororder_cd

Beijing Terima Lapan Juta Pelancong_fororder_ef

Beijing menyaksikan aktiviti ekonomi berasaskan pelancongan kembali rancak bagi cuti umum selama tujuh hari sempena Hari Kebangsaan China.

Statistik rasmi menunjukkan, bermula 1 hingga 7 Oktober, bandaraya itu menerima kehadiran pelancong seramai 8.61 juta orang, dalam konteks prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dilaksanakan untuk mengehadkan kapasiti pengunjung sebanyak 75 peratus.

Prestasi itu hampir setanding dengan yang direkodkan pada 2019, iaitu mencapai 93.5 peratus.

Selain itu, sebanyak 1,124 aktiviti bertema budaya diadakan sempena cuti panjang itu, hingga menarik penyertaan seramai 4.79 juta orang penduduk tempatan.

董筱娉