AS Perlu Cakap Serupa Bikin

2021-10-08 12:40:33  CRI
Share with:

AS Perlu Cakap Serupa Bikin_fororder_1008a

China dan Amerika Syarikat (AS) senada dalam usaha melaksanakan perkara yang dipersetujui ketua negara sebulan lalu, dan bersinergi ke arah memastikan hubungan dua hala kembali ke landasan yang betul.

Kata sepakat itu dicapai pertemuan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi dengan Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan yang diaturkan di Zurich, Switzerland pada Rabu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan antara Beijing dengan Washington makin buruk susulan salah anggap strategik AS terhadap China.

Maka, adalah mustahak bagi dua buah negara itu mengukuhkan komunikasi, terutamanya AS membetulkan salah faham dan pandangan negatif terhadap China, hinggakan hubungan dua hala berada di landasan betul.

AS Perlu Cakap Serupa Bikin_fororder_1008b

Washington perlu menyedari bahawa hubungan dua negara  bersandarkan kepada kesalinguntungan dan situasi menang-menang.

Wujudnya satu falasi yang tertanam begitu dalam di AS bahawa China mengambil kesempatan terhadap negara itu untuk faedah dirinya sendiri.

Hakikat bahawa jumlah keseluruhan dagangan antara dua negara itu menokok kepada AS$629.5 bilion (RM2.63 trilion) pada 2020 berbanding AS$2.5 bilion (RM10.45 bilion) dicatat pada 1979.

Laporan terkini Dewan Perniagaan AS di China berbunyi, perusahaan AS memulihkan semula keyakinan terhadap urus niaga mereka di China, dengan tahap optimistik tertinggi yang direkodkan sejak tiga tahun lalu.

Kalau China berniat mendapat faedah daripada AS, manakah mungkin hubungan dagangan dua hala begitu mantap dan kukuh?

Selain itu, AS juga perlu memahami betul-betul dasar dalam dan luar China serta niat strategik negara Tembok Besar itu.

Pendirian Beijing amat jelas dan konsisten bahawa tiada sebarang niat untuk mencabar atau mengganti Washington.

China tiada strategi hingga bergelar kuasa hegemoni, sebaliknya menyusun strategi pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Adalah baik bahawa AS mula menunjukkan sikap positif terhadap hubungan Washington-Beijing, antaranya dakwaan bahawa ia akan menyingkirkan mentaliti Perang Dingin baharu dan mempertahankan polisi “satu China”, serta takkan mengekang China.

Sikap tersebut amat penting, namun yang lagi penting adalah negara itu harus cakap serupa bikin.

Selain menghormati kedaulatan, keselamatan dan kepentingan China, AS perlu berhenti mencampuri urusan dalaman dengan mempergunakan isu-isu sensitif.

Ia merupakan premis kepada hubungan dua hala dikembalikan ke landasan yang betul.

董筱娉