“Engaging with China” dan “responsible competition”. Itulah nada baharu dalam hubungan dua hala dan perdagangan yang digunakan kerajaan Joe Biden
Ya, meskipun mempunyai perbezaan berbanding dengan kerajaan Trump, tapi nada yang dilontarkan tetap penuh dengan sikap sombong.
Hubungan sama rata adalah prinsip asas dalam hubungan antarabangsa, bukanlah “budi baik” AS kepada China.
Memang perlu kita bersangka baik, tapi apa yang jelas perubahan sikap kerajaan Biden terhadap China hanya “cakap-cakap” saja setakat ini.
Meskipun tiada sekatan baharu terhadap China, tapi sekatan yang sedia ada yang dikenakan oleh Kerajaan Trump masih tidak dibatalkan.
Bagaimanapun, pihaknya sudah berfikir ini merupakan “budi baik” terhadap China dan meminta “balas budi” dari China.
Setiausaha Perdagangan AS Katherine Tai baru-baru ini membentangkan “New Approach to the U.S.-China Trade Relationship”.
Kononnya China tidak mematuhi perjanjian ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara fasa pertama.
Pada masa sama, menurutnya pelbagai masalah domestik AS seperti pengangguran industri besi baja berpunca kesalahan China... Eh, masalah setempat pun salah China?
Meskipun begitu, kerajaan Biden tetap mengubuh dasar Trump yang “memutuskan hubungan secara menyeluruh” dengan China dan bersedia “berhubungan dengan China”.
Dalam hubungan diplomatik juga, Joe Biden telah menyatakan tidak mahu “perang dingin baharu”, tidak berniat menghalang pembangunan China dan menyifatkan hubungan kedua-dua negara sebagai “bersaing secara bertanggungjawab”.
Tapi dalam pertemuan Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan dengan Ahli Dewan Negara China Yang Jiechi di Zurich, pihak AS tetap mengada-adakan masalah Xinjinag, Tibet, Hong Kong dan Laut China Selatan dan dengan alasan tersebut mengecam dan mencampur ehwal dalaman China.
Sikap China pula jelas, tidak mahu “hubungan persaingan” yang disifatkan oleh AS. Sebab China tidak mahu dibandingkan dengan AS untuk menetapkan siapa No.1 dan siapa No.2 di arena antarabangsa.
Namun, apa yang China mahukan adalah kerjasama supaya saling melengkapi dan saling menguntungkan.
Kita semuanya tahu bagaimana AS menangani pesaingnya, cuba tengok Jepun, Perancis dan syarikat Toshiba, Alstom serta Huawei.
Apa yang dikatakan “pesaing yang bertanggungjawab” bagi AS maksudnya dalam bidang yang tidak bermanfaatnya, AS tetap akan menggunakan apa jua kaedah untuk membanteras China, tapi dalam bidang yang diperlukan, seperti perubahan iklim global, China perlu bekerjasama dengan AS supaya bersikap “bertanggungjawab”.
Bagaimanapun, kita dah boleh lihat ketegangan antara China dengan AS sudah mereda berbanding beberapa kali rundingan yang sudah diadakan dulu.
Sama ada trend ini dapat dikekalkan dan diperbaiki, kita masih perlu tunggu dan lihat tindakan benar dari pihak AS.