China Sumbang Kebijaksanaan Pelihara Biodiversiti Global

2021-10-09 14:42:08  CRI
Share with:

Dewan Negara China pada Jumaat menyiarkan kertas putih mengenai pemeliharaan biodiversiti bagi memperkenalkan konsep, langkah dan keberhasilan negara ini dalam usaha tersebut.

Kertas putih itu juga mempamerkan usaha China mempertahankan multilateralisme serta penglibatannya dalam kerjasama sejagat, sekali gus menyumbang kebijaksanaan dan saranan China untuk perlindungan kepelbagai biologi di peringkat global.

Setakat ini, 90 peratus sistem ekologi darat dan 71 peratus spesies flora dan fauna liar di China sudah mendapat perlindungan secara berkesan.

Semasa Sidang Kemuncak Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September tahun lalu, Presiden Xi Jinping menyeru pihak terbabit agar mengambil sikap bertanggungjawab terhadap peradaban manusia, meneroka jalan untuk mewujudkan keharmonian antara manusia dan alam, dan membentuk sinergi tadbir urus global.

Sebagai penganjur sesi ke-15 Persidangan Pihak Pemeterai (COP-15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), China akan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyusun matlamat dan petunjuk yang bervisi dan pragmatik menerusi langkah praktikal bagi menyuntik dorongan baharu kepada tadbir urus kepelbagaian biologi global.

高蕾