Penyatuan Semula China Pasti Dicapai

2021-10-10 14:20:04  CRI
Share with:

Penyatuan Semula China Pasti Dicapai_fororder_cc2

Penyatuan Semula China Pasti Dicapai_fororder_cc1

Presiden Xi Jinping mengulangi lagi keazaman dan kesungguhan China untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Kata-kata beliau bahawa penyatuan semula tanah air pasti akan menjadi kenyataan berlegar di kalangan rakyat selepas diadakannya majlis memperingati ulang tahun ke-110 Revolusi 1911 di Beijing pada Sabtu.

Penyatuan semula negara merupakan kepentingan asas bangsa Cina, juga cita-cita yang belum tercapai menerusi Revolusi 1911.

Ia mesti direalisasikan dan sudah pun ditentukan sejarah perkembangan hubungan rentas selat yang dilalui selama tujuh dekad.

Penyatuan semula tanah air suatu keperluan ke arah kebangkitan semula bangsa Cina pada era baharu.

Taiwan sebahagian wilayah China, yang sudah menjadi konsensus masyarakat antarabangsa. Proses penyatuan semula yang dilakukan menerusi pendekatan damai sejajar dengan kepentingan seluruh bangsa Cina termasuk rakyat Taiwan.

Cubaan “kemerdekaan Taiwan” bukan sahaja bertentangan dengan Konsensus 1992 berteraskan prinsip “satu China”, malah juga sengaja mencemari proses penyatuan semula kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Pihak berkuasa Taiwan bergerombol dengan Amerika Syarikat (AS) tatkala negara itu giat menjajakan strategi Indo-Pasifik, hingga mencetuskan provokasi dengan niat menjejaskan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Pendirian Beijing amat jelas dan konsisten bahawa segala tindakan yang diperlukan antaranya kekerasan akan diambil untuk mematahkan campur tangan asing dan cubaan “kemerdekaan Taiwan”.

Iltizam Beijing untuk mengekang cubaan tersebut bukan sekadar cakap sahaja, dan keazamannya mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah tidak pernah goyah sedikit pun.

董筱娉