China Bakal Lancar Saluran Olimpik Pertama di Dunia

2021-10-12 13:51:50  CRI
Share with:

China Bakal Lancar Saluran Olimpik Pertama di Dunia_fororder_olimpik20211013102931

Pelancaran Saluran Olimpik versi China adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan suasana baik terhadap Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk yang bakal diadakan di Beijing. 

Demikian dinyatakan oleh Presiden Kumpulan Media China(CMG), Shen Haixiong ketika menyampaikan ucapatamanya dalam Simposium Pelancaran Saluran Olimpik CMG di sini, pada Isnin.

Shen Haixiong berkata, misi utama saluran itu juga untuk mempromosikan aktiviti ais dan salji dalam kalangan rakyat serta menyajikan temasya sukan budaya bertaraf tinggi kepada penonton di serata dunia.

Saluran Olimpik itu merupakan saluran berdefinisi tinggi 4K pertama di dunia yang bakal disiarkan di satelit selama 24 jam sehari, ia juga merupakan saluran sukan pertama di dunia yang disiarkan secara serentak pada platform berdefinisi ultra tinggi dan digital 4K, termasuk saluran televisyen Olimpik dan platform digital yang meliputi pengguna komputer, aplikasi dan media baharu seperti WeChat dan Weibo.

Simposium itu turut diserikan dengan kehadiran wakil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pakar dan wakil atlet untuk bersama-sama berbincang mengenai pelancaran saluran tersebut. Pelancaran saluran itu juga mencerminkan pencapaian kerjasama strategik antara CMG dengan IOC,

Shen Haixiong menyifatkan pelancaran saluran itu sebagai langkah penting yang diambil oleh CMG bagi menterjemahkan semangat dan saranan Presiden Xi Jinping, sekali gus mempromosikan perkembangan sukan Olimpik di China. 

"CMG akan terus memperkasakan usaha membuat liputan mengenai cerita Sukan Olimpik dan aktiviti sukan di China dengan lebih inovatif, menyumbang kepada penyemarakan semangat Olimpik serta membina sebuah negara sukan yang kuat," katanya.

胡星