“Penjaga Hak Asasi Manusia” Digesa Betulkan Kesalahannya

2021-10-12 15:09:13  CRI
Share with:

“Penjaga Hak Asasi Manusia” Digesa Betulkan Kesalahannya_fororder_1633949221738_993_800x533

Sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada hari penutupannya telah meluluskan resolusi China mengenai impak negatif legasi kolonialisme terhadap pengecapan hak asasi manusia. Ini menandakan bahawa masyarakat antarabangsa sudah menyedari dengan jelas terhadap sifat hipokrit negara Barat yang bertopeng 'penjaga hak asasi manusia' melakukan amalan hegemoni, dan berdalih 'demokrasi' untuk mencampuri urusan dalaman negara lain. Komplot kem Barat yang bertudung hak asasi manusia mencoret arang pada muka negara lain pasti akan menjadi sia-sia.

Dalam sesi sidang tersebut, hampir seratus negara dengan pelbagai cara telah menyatakan sokongan terhadap pendirian China, dan menekankan bahawa isu Xinjiang, Hong Kong dan Tibet sama sekali urusan domestik China dan tidak boleh dicampur tangan oleh sebarang negara lain. Ini telah menunjukkan sikap masyarakat antarabangsa yang menentang kem Barat mengada-adakan masalah melalui isu hak asasi manusia.

“Penjaga Hak Asasi Manusia” Digesa Betulkan Kesalahannya_fororder_1633949247647_102_1080x694

Penduduk Xinjiang sekarang dapat hidup dalam suasana yang aman dan hak dan kepentingan mereka terjamin dengan sepenuhnya. Kesemua ini tidak terlepas dari langkah anti keganasan yang pantas yang diambil oleh kerajaan China. Dalam mesyuarat sampingan dalam tempoh sesi sidang tersebut, tokoh-tokoh termasuk sarjana sains politik Britain yang terkenal, Carlos Martinez menyatakan bahawa dalam lawatan mereka ke Xinjiang pada beberapa tahun lalu, mereka sama sekali tidak pernah mendapati sebarang gejala mengenai “penghapusan budaya” atau “penindasan agama” di sana. Apa yang disebut masalah hak asasi manusia di Xinjiang yang diada-adakan oleh AS semata-mata bertujuan mengekang pembangunan China.

Jalan pembangunan hak asasi manusia yang dirintis oleh China sesuai dengan keadaan negaranya. Ia bukan sahaja boleh menjamin dengan sepenuhnya hak asasi manusia rakyat sendiri, tetapi juga berperanan mendorong pengembangan hak asasi manusia global. “Penjaga hak asasi manusia” dari kem Barat digesa terlebih dahulu menjelaskan “hutang hak asasi manusia” ketinggalan zaman penjajahan sebelum berlagak menuding jari kepada negara lain.

曹捷