Import Eksport China Naik 22.7%, Catat RMB28.33 Trilion

2021-10-13 15:45:05  CRI
Share with:

Import Eksport China Naik 22.7%, Catat RMB28.33 Trilion_fororder_1281581906

Jumlah import dan eksport China pada tiga suku tahun pertama meningkat 22.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, mencatat RMB28.33 trilion (RM18.3 trilion).

Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC), jumlah eksport meningkat 22.7% dengan mencatat RMB15.55 trilion (RM10 trilion), sedangkan import meningkat 22.6%, dengan menokok RMB12.78 trilion (RM8.2 trilion).

Menurut data GAC, perdagangan import eksport umum China meningkat 25.6% dengan merekodkan RMB17.51 trilion (RM11.3 trilion), sekali gus menempati 61.8% jumlah keseluruhan perdagangan luar China, yang meningkat 1.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Serentak itu, e-dagang merentas sempadan dan perdagangan pembelian pasaran menunjukkan trend perkembangan yang baik, manakala model dan struktur perdagangan menjadi semakin optimum. 

曹捷