Keluarga Bahagia Pak Cik Wureken

2021-10-14 15:50:47  CRI
Share with:

Keluarga Bahagia Pak Cik Wureken_fororder_586033993

Pak Cik Wureken, 50, etnik Kirgiz, ialah seorang penduduk bandar Tacheng, wilayah Xinjiang China. Keluarganya sebanyak 23 ahli terdiri daripada berbilang etnik seperti Kirgiz, Mongol, Kazak dan Han.

Walaupun mengamalkan budaya etnik yang berbeza, semua ahli keluarga ini saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.

Seperti bunyian pepatah China iaitu "keharmonian sesebuah keluarga ialah asas kepada segala kejayaan". Ini dapat terbukti melalui keluarga Pak Cik Wureken yang bersatu ini.

Pada tahun 2015, Pak Cik Wureken membelanjakan sebanyak RMB600 ribu (RM380 ribu) untuk membina rumah baharu dua tingkat bersebelahan dengan rumah lama. Rumah lama itu kemudian diubahsuai menjadi "muzium keluarga".

Muzium tersebut terdiri daripada dua bilik. Satu bilik digunakan untuk menyimpan perabot dan barang keperluan harian lama bagi memaparkan keadaan keluarga ini pada masa dulu; manakala satu lagi bilik digunakan untuk mempamerkan gambar-gambar ahli keluarga dalam beberapa puluh tahun ini.

Sejak dibuka pada tahun 2018, muzium keluarga tersebut telah menerima kunjungan ramai pelancong dan menjadi semakin terkenal.

“Perubahan keluarga saya dalam beberapa dekad lalu dapat dinampak melalui pameran barangan dan gambar di muzium ini”, kata Pak Cik Wureken.

“Ketika masih muda, saya menunggang kuda atau mengayuh basikal ketika nak pergi ke tempat lebih jauh. Kemudian, saya telah menyimpan wang yang cukup dan membeli sebuah motosikal. Sekarang saya dah memiliki kereta sendiri.”

Pak Cik Wureken dan keluarganya berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan cerita sendiri malah bandar Tacheng dengan para pengunjung.

Keluarga Bahagia Pak Cik Wureken_fororder_242962475_745281123008235_5158385310865464169_n

Menurut statistik rasmi, terdapat 146 ribu penduduk di bandar Tacheng dan 43.1% daripadanya adalah etnik minoriti seperti etnik Kazak, Hui, Uygur, Kirgiz dan lain-lain.

Xinjiang ialah kampung halaman bagi rakyat berbilang etnik di China sejak purba kala.

Berdasarkan hasil banci penduduk China pada 2020, jumlah penduduk di wilayah Xinjiang mencatat 25.8 juta orang. Antaranya etnik Han berjumlah 10.9 juta manakala etnik minoriti berjumlah 14.9 juta orang.

Berbanding dengan tahun 2000, kadar peningkatan jumlah penduduk di Xinjiang adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar purata di seluruh negara, khususnya kadar peningkatan jumlah penduduk etnik minoriti di wilayah itu.

Antaranya jumlah penduduk Uygur meningkat daripada 8.34 juta pada tahun 2000 kepada 11.62 juta pada tahun pada 2020, dengan kadar peningkatan sebanyak 1.67% secara purata setiap tahun. Kadar ini lebih tinggi berbanding dengan kadar peningkatan purata seluruh negara iaitu 0.53%.

Ketenteraman masyarakat yang lahir daripada perpaduan rakyat pelbagai etnik, dan peningkatan jumlah penduduk yang mantap turut membawa kepada prospek pembangunan Xinjiang yang lebih cemerlang.

Struktur penduduk di Xinjiang berada pada tahap muda. Selain itu, peningkatan jumlah penduduk etnik-etnik minoriti berpotensi besar.

Sementara itu, sistem kesihatan awam dan pendidikan semakin disempurnakan di Xinjiang.

Pada masa ini, purata jangka hayat penduduk di wilayah Xinjiang mencatat 72 tahun. Selain mengamalkan pendidikan wajib yang percuma selama sembilan tahun yang dilaksanakan di seluruh negara, pendidikan percuma selama 15 tahun dari peringkat tadika hinggalah kepada sekolah menengah atas akan ditawarkan di seluruh wilayah Xinjiang.

Buat masa sekarang, kualiti penduduk di Xinjiang yang semakin meningkat menjadi penjana pembangunan sosioekonomi tempatan.

Berdasarkan statistik rasmi kerajaan China, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Xinjiang pada tahun 2020 meningkat satu kali ganda berbanding 2010. Pelbagai industri hijau seperti sektor perkhidmatan telah menjadi tonggak ekonomi tempatan. Di samping itu, sebanyak lebih 200 bilion pelancong melawat ke Xinjiang setiap tahun.

Sehingga tahun 2035, proses urbanisasi di Xinjiang akan memasuki tahap pembangunan pesat, dengan sejumlah besar bandar baharu dibina dan hubungan antara pelbagai etnik di Xinjiang akan semakin rapat.

张弘