Xi Hadir Persidangan Pengangkutan Sustainable Global PBB ke-2

2021-10-14 21:51:27  CRI
Share with:

Xi Hadir Persidangan Pengangkutan Sustainable Global PBB ke-2_fororder_1127958879_16342265027871n

Presiden China, Xi Jinping yang menghadiri upacara perasmian Persidangan Pengangkutan Sustainable Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-2 telah menyampaikan ucaptama menerusi video malam tadi.

Xi berkata, dunia ini berkembang menjadi “kampung bumi” yang perhubungan dalamannya rapat berkat pengangkutan.

Xi Hadir Persidangan Pengangkutan Sustainable Global PBB ke-2_fororder_1127958879_16342265028191n

Xi menegaskan, hendaklah bertindak selaras dengan arus zaman pembangunan sejagat, dan mendorong kerjasama pengangkutan supaya dapat membuka lembaran baharu dalam memperjuangkan kesalinghubungan infrastruktur, kelancaran perdagangan serta pelaburan dan pertembungan tamadun.

Ketika menekankan peri pentingnya mengembangkan pengangkutan dan logistik yang pintar, Xi mengumumkan China akan membina satu pusat inovasi dan keilmuan pengangkutan sustainable antarabangsa sebagai sumbangan terhadap pembangunan pengangkutan global.

Xi Hadir Persidangan Pengangkutan Sustainable Global PBB ke-2_fororder_1127958879_16342265028461n

Selain itu, ucaptama Xi juga merangkumi beberapa aspek lagi, seperti kaedah pengangkutan karbon rendah yang hijau perlu dipergiatkan, kerjasama Selatan-Utara dan Selatan-Selatan perlu ditingkatkan untuk memberi lebih banyak sokongan kepada pembinaan infrastruktur pengangkutan di negara paling kurang maju dan negara-negara membangun yang berada di kawasan pedalaman demi memperjuangkan matlamat kemakmuran bersama, dan China akan terus mengamalkan multilateralisme yang sebenar untuk memberi sumbangan lebih besar kepada pembanguan sedunia.

 

 

曹捷