Rakyat China Jadi Tuan Negara Berkat 'Demokrasi Sepanjang Proses'

2021-10-15 15:45:22  CRI
Share with:

Rakyat China Jadi Tuan Negara Berkat 'Demokrasi Sepanjang Proses'_fororder_1634257976370_733_1600x900

Demokrasi diwujudkan atau tidak di sesebuah negara adalah bergantung kepada sama ada rakyatnya benar-benar menjadi tuan negara. Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat mengenai kerja Kongres Rakyat semalam.

Dalam ucapannya, Xi telah menghuraikan secara mendalam konsep 'demokrasi rakyat sepanjang proses', iaitu sistem demokrasi yang boleh memastikan rakyat menjadi tuan negara dan betul-betul memenuhi permintaan rakyat. Ini justeru keunggulan demokrasi yang bercirikan China.

Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan, sejumlah langkah politik yang penting termasuk membentuk sistem Kongres Rakyat dan sistem mesyuarat politik rakyat berfungsi memastikan semua kuasa negara dipegang pada tangan rakyat.

Selepas Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan, parti pemerintah China ini telah menghalusi pengajian terhadap perkembangan politik demokratik dan turut mengeluarkan konsep 'demokrasi rakyat sepanjang proses'. Persis seperti yang dihuraikan Presiden Xi bahawa dengan adanya 'demokrasi rakyat  sepanjang proses',  kami boleh mewujudkan  proses selaras dengan hasil, prosedur selaras dengan hakikat, yang secara langsung selaras dengan yang tidak langsung, serta demokrasi rakyat selaras dengan azam negara. Ia merupakan demokrasi sosialis yang paling luas, benar dan berguna.

Praktik bertahun-tahun membuktikan bahawa sistem Kongres Rakyat boleh memastikan ekonomi berkembang pesat dan keamanan masyarakat kekal diwujudkan di China. Sistem ini yang amat baik kerana bersesuaian dengan keadaan sebenar China, memastikan rakyat menjadi tuan negara dan menyediakan jaminan kuat dalam memperjuangkan kebangkitan semula bangsa China.

China akan mengembangkan 'demorasi rakyat sepanjang proses', membantu rakyat merealisasikan impian hidup bahagia dan sentosa serta menyumbang kebijaksanaan tersendiri kepada kemajuan tamadun politik umat manusia.

曹捷