Seminar Antarabangsa ke-4 mengenai "Antikeganasan, Deradikalisasi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia" anjuran bersama Persatuan Penyelidikan Hak Asasi Manusia China dan pejabat penerangan kerajaan provinsi Guangdong dirasmikan secara hibrid di Universiti Jinan pagi Rabu. Mesyuarat secara fizikal diadakan di bandar Guangzhou, selatan China.
Seminar ini bertemakan "Kerjasama Antikeganasan Antarabangsa dan Perlindungan Hak dalam Era 'Post Truth'". Pakar dan sarjana dalam bidang anti-keganasan serta pengamal media dari 28 negara dan wilayah secara aktif menyumbang cadangan dengan memfokuskan tema tersebut bagi memberi kebijaksanaan dan kekuatan mereka dalam usaha memerangi dan mencegah keganasan dan ekstremisme di dunia.