Lima Inisiatif China Bagi Kesalinghubungan, Kelancaran dan Interaksi Global

2021-10-16 14:26:02  CRI
Share with:

“Hendaklah bertindak selaras dengan arus zaman pembangunan sejagat, dan mendorong kerjasama pengangkutan supaya dapat membuka lembaran baharu dalam memperjuangkan kesalinghubungan infrastruktur, kelancaran perdagangan serta pelaburan dan pertembungan tamadun”, demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping dalam ucaptama menerusi video dalam upacara perasmian Persidangan Pengangkutan Sustainable Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-2 pada malam Khamis lalu.

Sementara itu, Xi juga mengemukakan lima inisiatif termasuk “bersikap terbuka mendorong kesalinghubungan”, “mengekalkan pembangunan bersama demi keadilan dan kebajikan umum”, “memacu pembangunan dengan inovasi dan meningkatkan daya dorong”, “mengutamakan ekologi, merealisasikan karbon rendah dan hijau” dan “mengekalkan amalan multilateralisme, menyempurnakan tadbir urus global ”, yang dianggap sumbangan China, negara gergasi yang sudi memikul  tanggungjawab yang setimbal bagi mendorong pembangunan pengangkutan sustainable global.

Konsep pembangunan berkualiti tinggi sektor pengangkutan yang diamalkan China selaras dengan arus zaman terkini  pembangunan sedunia, dan  dijangka pasti membawa kemakmuran bersama dalam senario global.

张宪