Peng Liyuan Hadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan UNESCO

2021-10-16 13:26:23  CRI
Share with:

Peng Liyuan Hadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan UNESCO_fororder_1127962949_16343102351351n

Isteri Presiden China Xi Jinping, Profesor Peng Liyuan telah menghadiri majlis penyampaian hadiah pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita tajaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-5 melalui video petang Jumaat serta menyampaikan ucapan.

Peng, yang juga utusan khas UNESCO terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada pemenang dari Brazil dan Mozambik.

Menurutnya, sejak China dan UNESCO bersama-sama menubuhkan hadiah tersebut pada tahun 2015, program ini telah menggalakkan semakin ramai orang membaktikan diri dalam pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita. Kerjasama fasa kedua yang dilancarkan China dan UNESCO dalam pelaksanaan program ini dilihat sebagai titik permulaan baharu, yang akan menyuntik momentum kepada pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita. Diharapkan masyarakat antarabangsa memberi perhatian dan sokongan yang lebih tinggi kepada usaha ini, memberikan sumbangan baharu untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Peng Liyuan Hadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan UNESCO_fororder_1127962949_16343102388111n

Peng menekankan, di sebalik penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, kita perlu mengatasi kesukaran dan menggembleng tenaga dengan mengambil langkah yang tepat dan berkesan untuk menyediakan pendidikan yang adil dan berkualiti kepada kanak-kanak perempuan dan kaum wanita. Antaranya termasuk menggunakan teknologi digital memberikan sokongan pendidikan kepada kanak-kanak perempuan dan kaum wanita di kawasan miskin dan membantu mereka meningkatkan kemampuan untuk mencari peluang pekerjaan dan memulakan kerjaya berdasarkan penggunaan pengetahuan sains dan teknologi baharu. Selain itu, hendaklah meningkatkan pendidikan kesihatan untuk golongan tersebut supaya mereka dapat menikmati kesihatan baik pada aspek fizikal mahupun mental.

Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay menyatakan bahawa hadiah tersebut yang ditubuhkan dengan sokongan China telah menyemai benih harapan dan akan memainkan peranan yang istimewa dalam membantu kaum wanita dan kanak-kanak mencapai impian dan menangkis pengaruh negatif dari wabak COVID-19.

曹捷