Pameran Pelancongan CAEXPO 2021 Bermula di Guilin

2021-10-17 14:40:08  CRI
Share with:

Pameran Pelancongan CAEXPO 2021 Bermula di Guilin_fororder_20211016191352227

Pameran Pelancongan Ekspo China-ASEAN (CAEXPOTE) tahun 2021 telah membuka tirainya di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Guilin, wilayah Guangxi, China pada 15 Oktober, dengan temanya “ merancakkan pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mendorong industri pelancongan berkembang ke arah berkualiti tinggi”.

Pameran yang berpandukan Wawasan Perkongsian Strategik ASEAN-China 2030 tersebut, berperanan sebagai komponen dalam pembinaan BRI dan dilihat akan menyumbang kepada pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang lebih padu sekali gus membantu pengusaha pelancongan China-ASEAN mengembangkan kerjasama ke lebih banyak negara yang terlibat dalam pelaksanaan BRI.

Pameran Pelancongan CAEXPO 2021 Bermula di Guilin_fororder_20211016191352283

Pameran seluas kira-kira 25 ribu meter persegi itu merangkumi sejumlah balai yang masing-masing bertemakan “BRI”, “program pelancongan di seberang laut”, “program pelancongan domestik”, “kelengkapan industri pelancongan”, “penggunaan pelancongan”, dan “produk pelancongan antarabangsa”. Lebih 330 buah syarikat daripada 10 negara anggota ASEAN dilaporkan menampil dalam pameran kali ini.  

Pameran Pelancongan CAEXPO 2021 Bermula di Guilin_fororder_20211016191352380

Pameran Pelancongan Ekspo China-ASEAN telah berjaya diadakan sebanyak 6 kali di bandar penganjur Guilin yang ditetapkan sebagai tuan rumah yang kekal pada tahun 2015. Sebagai temasya pelancongan yang boleh menghimpunkan usahawan dari dalam dan luar negeri, pameran ini sedang memainkan peranan yang semakin penting dalam merancakkan kesalinghubungan, pertukaran dan kerjasama, dan merupakan pameran untuk suatu industri yang pertama dalam CAEXPO yang dapat menyaksikan penglibatan dari kesemua 10 negara anggota ASEAN.

曹捷