Dana AS Dipersilakan Untuk Kegunaan Lebih Bermanfaat

2021-10-18 15:03:35  CRI
Share with:

Sebuah badan haram yang didalangi kumpulan pemisah melarikan diri dari China bukan sahaja mendapat sokongan dana dari AS, malah semua “saksi” dalam pembicaraan turut dibayar serta tanpa segan silunya mempromosikan diri di arena antarabangsa sebagai “Tribunal Khas Isu Uygur”.

Baru-baru ini, seorang “saksi” yang dilaporkan bernama “Jiang” dalam laporan CNN menjadi terkenal kerana dia dikatakan pernah menjadi “bekas polis China yang dihantar ke Xinjiang untuk menyiasatkan pergerakan pemisahan pada tahun 2018”.

Bagaimanapun, individu tersebut selalu memakai kacamata hitam dan topeng muka tak kira sama ada ketika dalam pembicaraan “tribunal” atau wawancara CNN. Dan dalam pembicaraan pula ia menggunakan nama “Wang Leizhan”, manakala dalam laporan CNN, ia menjadi “Jiang”...

Paling teruk lakonan mereka ini, waima CNN sekali pun menyatakan tak mampu mengesahkan identitinya.

Seperti apa yang Satria katakan dalam hantaran dulu, ini muslihat yang kerap kali digunakan oleh media Barat untuk mengelakkan tanggungjawabnya.

Berita mesti bersifat objektif dan tepat. Cerita sepihak yang tidak boleh disahkan bukanlah berita!

Dana AS Dipersilakan Untuk Kegunaan Lebih Bermanfaat_fororder_adaf2edda3cc7cd9711a5bebdda21e36b80e917e

Yang ironinya, ada “saksi” lain yang juga dipanggil dalam “tribunal” ini memuat naik gambar bayaran untuk semua saksi di media sosial dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap bayaran untuk “polis Wang Zhanlei” yang berjumlah 43,000 pound!

Dan bayaran ini menduduki 43% daripada kesemua bayaran untuk para “saksi” dalam pembicaraan “Tribunal Khas Isu Uygur”. Memang pelakon utama!

Hakikatnya, ini sama sekali bukan pembicaraan. Membayar wang untuk mengundang orang berkongsi dan menularkan cerita ini hanya layak dipanggil persembahan!

Tapi kita menyaksikan cerita dan persembahan untuk menghitamkan China macam ini semakin banyak pada beberapa tahun ini.

Mengapa?

Laporan dari surat akhbar “The Herald” Zimbabwe mungkin membantu menjelaskan sedikit sebanyak.

Dana AS Dipersilakan Untuk Kegunaan Lebih Bermanfaat_fororder_609311489

Pada 14 dan 15 September lalu, satu tabung yang disokong oleh Kedutaan Besar AS memanggil satu seminar terhadap 12 orang wartawan dari media swasta negara itu dan negara sekitarnya . Pegawai dari Kedutaan Besar AS telah mengadakan latihan terhadap para wartawan dalam seminar tersebut supaya menyasarkan pelaburan China, khususnya membesar-besarkan atau mengada-adakan maklumat negatif mengenai sektor tenaga dan infrastruktur.

Seorang wartawan yang menyertai seminar tersebut memberitahu “The Herald” bahawa setiap wartawan yang hadir telah dibahagikan kerja berdasarkan sektor profesional dan negara masing-masing dan setiap laporan akan mendapat bayaran sebanyak USD1,000 dari Kedutaan Besar AS setelah diterbitkan.

USD1,000 mampu membantu seorang pelajar di Zimbabwe menamatkan pendidikan asas, mampu membeli 100 dos vaksin Covid-19 untuk penduduk negara itu, tapi AS memilih membayar wang ini untuk satu rencana yang menghitamkan China!

Sekiranya benar AS nak sama-sama membantu kaum Uygur di Xinjiang dan pada masa sama ada terlalunya banyak dana yang tak tahu bagaimana nak menggunakannya, kami mengalu-alukan negara Uncle Sam untuk melabur di Xinjiang.

Setidak-tidaknya, bolehlah juga membawa produk yang berkualiti seperti kapas ke pasaran antarabangsa.

Berbanding memperuntukan dana untuk mengada-adakan pembohongan seperti petani paksaan dan buruh paksaan yang sekali gus menjejaskan rezeki petani dan buruh Uygur di Xinjiang, Satria menggesa AS menggunakan dananya untuk kegunaan lebih bermanfaat.

张弘