China Berdaya Capai Sasaran Pembangunan Sosioekonomi Tahun Ini

2021-10-19 14:27:41  CRI
Share with:

China Berdaya Capai Sasaran Pembangunan Sosioekonomi Tahun Ini_fororder_微信图片_20211019110240

Menurut statistik yang diumumkan oleh pihak rasmi China pada Isnin lalu, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat RMB 82.31 trilion (RM 51,44 trilion) pada tiga suku pertama tahun ini dengan meningkat 9.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Ditinjau dari pelbagai indeks termasuk penggunaan, pengeluaran industry, pelaburan aset tetap, pengambilan pekerja dan pendapatan penduduk, pelbagai indeks makro kekal pada julat munasabah. Ini menunjukkan bahawa ekonomi China berjaya mengatsi pelbagai risiko dan cabaran, terus pulih dan berkembang dengan mampan. Kadar pertumbuhan ekonomi China tetap menduduki tempat teratas dalam pelbagai entiti ekonomi dunia. 

Prestasi ekonomi yang baik pada tiga suku pertama tahun ini turut meletakkan asas yang baik bagi suku tahun keempat. Daripada segi penggunaan, pertambahan pengambilan pekerja dan pendapatan penduduk yang agak stabil bermanfaat bagi meningkatkan penggunaan. Daripada segi pelaburan pula, situasi juga semakin baik pada tahun ini. Perdagangan luar menyaksikan peningkatan berikutan pemulihan ekonomi domestik dan permitnaan antarabangsa yang kian meningkat. Yang lebih penting adalah struktur ekonomi terus dioptimumkan dan  menjadi penggerak bagi pembangunan ekonomi pada masa akan datang.

China Berdaya Capai Sasaran Pembangunan Sosioekonomi Tahun Ini_fororder_微信图片_20211019110245

Pemulihan ekonomi China amat penting bagi ekonomi dunia, kerana negara yang dianggap sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia ini merupakan kunci bagi rantaian bekalan dan industri global. China memerlukan dunia dan dunia pula memerlukan China.

Walaupun unsur ketidaktentuan dan ketidakstabilan persekitaran antarabangsa akan bertambah dan cabaran terus meningkat hingga membawa kesan kepada kestabilan pengoperasian ekonom pada masa depan, tetapi trend ekonomi China yang baik tidak akan berubah. Tahap konsisten pembangunan dan potesi ekonomi negara ini tetap besar dan trend mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi tidak akan berubah.

China komited meningkatkan kedinamikan pasaran,  memperkuat momentum pembangunan dan permintaan domestik untuk mencapai sararan utama pembangunan sosioekonomi tahun ini. Seiring dengan pembaharuan dan keterbukaan diperkasakan, China yang lebih terbuka akan berkongsi lebih banyak faedah pembangunan dengan dunia.

徐国玮