Ekspo Forum Pembangunan dan Keselamatan Ekonomi Global Boao Dirasmikan

2021-10-19 13:36:29  CRI
Share with:

Ekspo Forum Pembangunan dan Keselamatan Ekonomi Global Boao Dirasmikan_fororder_1962345866

Ekspo Forum Pembangunan dan Keselamatan Ekonomi Global Forum Asia Boao(BFA) dirasmikan di pusat persidangan antarabangsa bandar Changsha, provinsi Hunan petang semalam.

Naib Ketua setiausaha Jawatankuasa Provinsi Hunan Parti Komunis China, Wu Lan memaklumkan keadaan pembangunan sosioekonomi di provinsi itu dalam majlis perasmian.

Menurut Wu, pihaknya komited mengambil peluang penganjuran ekspo ini untuk mempergiat kerjasama dengan pelbagai negara terlibat demi mencipta masa depan yang cerah.

Ekspo yang merangkumi kawasan seluas 5 ribu meter persergi dilengkapi empat ruang pameran. Syarikat terkenal China akan memamerkan teknologi terkini dan hasil pengajian dalam sektor keselamatan bahan makanan, jaminan keselamatan global, keselamatan tenaga, keselamatan maklumat, dan keselamatan ekologi.

覃淼